Khamis, 17 Mac 2011

pasukan bola sepak 2008

Semasa saya berada ditingkatan 3,saya berminat untuk menyertai pasukan bola sepak sekolah.Tetapi saya tidak yakin dengan diri sendiri,akan tetapi rakan2 saya telah memberi saya semangat kepada saya untuk meneruskan usaha mendapatkan tempat.Disni saya ingin menceritakan perjalanan saya semasa berada di pasukan sekolah taman ehsan.Jurulatih kami ialah cikgu suhaimi,beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami tentang cara2 untuk bermain bola sepak.Kami dilatih seminggu 3kali.Didalam latihan kami diberi tujukajar oleh cikgu suhaimi,apabila didalam latihan cikgu suhaimi bersikap tegas kepada kami,akan tetapi beliau seorang yang baik dan suka bergaul dengan kami.Selama kami dilatih,cikgu suhaimi juga dibantu oleh pakcik din.Pak cik din adalah seorang yang sangat garang.Beliau bersungguh2 mengajar kami tidak mengira masa walaupun hari cuti.Semasa kami dilatih dengan penuh komitmen kami diberitahu,bahawa cikgu suhaimi akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kepong sebelum kami dibawa ke perak untuk perlawanan persahabatan yang berikutnya.Tiba la hari yang dinanti-nantikan perlawanan antara smk taman ehsan VS smk kepong.saya dan rkan2 yang lain bermain dengan penuh semangat.Keputusan perlawanan itu tidak memuaskan kerana kami telah seri 2-2,akan tetapi saya telah diberi gelaran pemain yang terbaik pada perlawanan itu.Saya berasa sangat terkejut kerana saya diberi gelaran itu,kerana pemain2 lain lebih handal dari saya.Pada keesokkan hari kami semue telah berkumpul beramai2 untuk bertolak ke perak untuk perlawanan persahabatan seterusnya.Didalam perjalanan ke perak,kami dihiburkan dengar lagu system off down,dan kami juga turut menyanyi bersama-sama.Cikgu suhaimi telah memberi arahan kepada pemandu bas  untuk berhenti seketika untuk melaksanakan solat jumaat.Ramai yang telah datang ke masjid itu untuk menunaikan solat sunat jumaat,tetapi saya rasa sangat malu kerana ramai yang melihat kami sekumpulan memakai baju seragam berwarna merah,disitu juga kami ditanya oleh masyarakat disana,kami berasal dari mana,kami pun menjawab kami dari kuala lumpur,masyarakat disana terpegun dan tergamam selepas kami memberi jawapan.Selepas kami selesai menunai solat sunat jumaat,kami meneruskan perjalanan kami untuk menuju kesekolah yang dituju.Tidak berapa lama kemudian,kami semua telah tiba ke sekolah yang ditujui.Apabila kami telah sampai,cikgu suhaimi mengarah kan kami untuk membawa perkakas-pekakas yang ada didalam bas,cikgu suhaimi mendapat tekanan disebabkan kami semua membuat sambil lewa dan tidak mendengar apa yang diarah oleh cikgu,cikgu suhaimi memarahi kami. selepas kami dimarahi ,kami semua diarah agar masuk kedalam sekolah itu.                 ''Akan bersambung di catatan yang seterusnya''

Selasa, 8 Mac 2011

Terima kasih

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang melawati ke blog saya ini.Anda mungkin tertanya-tanya didalam fikiran anda,mengapa saya mewujudkan blog ini.Ini disebabkan saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda.Saya mempunyai pengalaman yang bergitu berharga dan tidak mudah saya lupakan.Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di akhlayak orang ramai.Disini saya juga ingin memberi semangat dan motivasi kepada rakan-rakan saya,yang berbadan gempal.Anda tidak perlu merasa rendah diri dan juga malu kepada masyarakat,ini kerana anda juga seorang manusia dan mempunyai perasaan.Anda tidak perlu risau,kerana saya akan menceritakan pengalaman saya yang sekarang ini telah berjaya mengurangkan berat badan.Saya ingin menceritakan pengalaman saya,dalam mengurangkan berat badan.Pada mulanya saya tidak berminat untuk menguruskan berat badan,kerana saya fikir ianya tidak penting.Lama kelamaan,saya berasa tidak selesa dengan keadaan saya yang gemuk,kerana saya susah untuk mengekalkan stamina dan cepat letih untuk bermain bola.Setelah saya penat berfikir apa yang perlu saya lakukan ialah saya perlu mengawal pemakanan,melakukan aktiviti-aktiviti sukan,dan perlu rajin berusaha.Cara saya mengawal pemakanan saya ialah saya mengurangkan memakan makanan yang berminyak,saya juga mengurangkan nasi dalam pemakanan seharian.Saya juga makan makanan yang berkhsiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Pada malam hari pula saya menghirup sup untuk mengurangkan rasa lapar,apa-apa sup kerana sup ini dapat membantu kita mengurangkan berat badan.Apa yang pentig kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ada didalam diri kita.Semoga anda mendapat manfaat atau kelebihan apa yang saya ceritakan untuk anda majukan diri anda dalam mengurangkan berat badan anda. sekian terima kasih

Pengalaman Pada Tahun 2010

Pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan saya ialah apabila saya berada dizaman persekolahan.Dizaman persekolahan sahajalah yang mengajar kita erti kesabaran dan juga erti persahabatan.
Saya menpunyai banyak kenangan disekolah,terasa sebak didalam dada kerana mengenangkan waktu bersama-sama rakan seperjuangan mencari ilmu dan guru yang sedang mengajar.Gelak ketawa bersama rakan masih kedengaran,terasa ingin kembali kesekolah,tetapi kehidupan perlu dan harus diteruskan.Zaman persekolahan hanya menjadi kenanagan yang sukar untuk dilupakan,kerana pengalaman ini susah untuk kita dapat.Pengalaman ini juga mengajar kita menjadi lebih dewasa.Guru-guru disekolah mencurahkan ilmu mereka kepada kita,kerana mereka ingin melihat anak didiknya berjaya didalam kehidupan,Guru-guru juga mengorbankan masa mereka untuk mengajar kita,walaupun mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing.kita haruslah berterima kasih kepada guru-guru kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anak didik mereka berjaya.
                                                        
                                                Keadaan dikantin masih saya ingat,keadaan dikantin juga salah satu kenanagan yang sukar saya  lupakan kerana ditempat itu lah,saya diajar untuk menjaga kebersihan.Dikantin juga lah saya bersama rakan seperjuangan menjamah makanan.Terasa sedih mengenang kembali peristiwa-peristiwa itu.Terdapat banyak lagi kenangan saya disekolah seperti dibilik seni.Dibilik seni kami diajar untuk melukis,mewarna dan mengecat,ketika kami sedang melakukan kerja yang diberi oleh guru,saya terlihat seorang rakan saya dimarahi oleh guru kerana rakan saya itu melukis perkara yang tidak kaitan dengan kerja yang diberikan,peristiwa itu membuat kami ketawa  terbahak-bahak,tidak mudah saya lupakan peristiwa itu.

                                                 Disini saya ingin menceritakan tentang salah seorang sahabat saya.Namanya Kamas arwin.Dia adalah penghibur yang menghiburkan kami didalam kelas ketika kami bosan.Dia amat lucu dan lawak.Pelbagai lawak yang digunakannya untuk menghiburkan kami sekelas,contoh lawak yang sering dia lakukan adalah menampar orang tanpa sebab dan selepas dia melakukan perkara tersebut dia berkata''main-main''.Slogan ''main-main'' ini membuat kami lebih mengetawakan kepada nya.Kejadian itu juga berlaku kepada saya dan rakan-rakan yang lain juga.Kejadian yang paling lucu sekali yang tidak mungkin saya lupakan ialah dia telah menjatuhkan salah seorang rakannya dari kerusi yang sedang membuat latihan didepan,kejadian itu membuat kami lebih seronok untuk melihat lebih lagi.....Peristiwa yang saya ceritakan ini adalah kenangan yang tidak pernah saya lupakan sehingga sekarang.

                                                
Hari demi hari telah berlalu...masa silam persekolahan menjadi kenangan...kegembiraan juga tidak dirasai lagi...terasa sedih untuk berpisah bersama rakan2 seperjuangan yang mencari ilmu dizaman persekolahan...terasa sebak didada kerna mengingatkan zaman persekolahan...terasa rindu akan guru2 yang sedang mengajar...masih kedengaran gelak ketawa bersama rakan2 dan guru2...terasa untuk kembali kesekolah... ...tpi apa kan daya...kehidupan perlu diteruskan...hanya dizaman persekolahan saja yang mengajar kita erti persahabatan...kpda pelajar2 yang masih bersekolah nikmatilah kehidupan di sekolah sebaik-baik nye....sekian ...luahan isi hati...:))